Apa Maksud Pencen Hilang Upaya?
Pencen Hilangupaya : Faedah Persaraan Tambahan Bagi Pesara Tertentu, Yang Ramai Tak Cakna
Kalau nak buat cerita pasal Pencen Hilangupaya ni, boleh jadi kemurungan nanti.
Lama dah, nak imbau kisah-kisah sedih pesara yang berkait dengan Pencen Hilangupaya ni.
Tapi tak nak lah. Kesannya berpanjangan seperti putus cinta pula kemurungannya.😅
Cuma nak bagi tahu, Pencen Hilangupaya merupakan faedah tambahan, dari pencen bulanan sedia ada.
Tak perlu ‘mencarum’ pun untuk melayakkan Pencen Hilangupaya ni. Ok tak?.
Ia diberikan kepada seseorang Anggota Kerajaan (masih hidup) yang telah dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada :
1. Kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; atau
2. Penyakit yang dihidapinya kerana telah terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; atau
3. Kemalangan dalam perjalanan; dengan syarat kecederaan atau penyakit yang dialami ‘bukan’ disebabkan oleh * ‘kecuaian’ atau ‘salahlaku’ anggota tersebut.
Penetapan kadar kecacatan berbanding darjah kecacatan adalah seperti di bawah ni (baca seolah-olah ada ‘table’ ya) :
**Darjah kecacatan Kadar yang dibayar
Tercacat sedikit 1/12 daripada gaji akhir hakiki
Tercacat 1/6 daripada gaji akhir hakiki
Tercacat 1/4 daripada gaji akhir hakiki
pada matannya
Musnah 1/3 daripada gaji akhir hakiki
sama sekali
Nota Tambahan :
* Penetapan sama ada terdapat kecuaian atau sebaliknya, ditentukan oleh pegawai penyiasat (polis). Hanya Pegawai Penyiasat yang berkenaan sahaja boleh buat ketetapan, berdasarkan kepakaran. Bukan sembarangan.
** Darjah kecacatan ditetapkan oleh Pegawai Perubatan. Nak cerita lebih, kena lukislah pula. Cukuplah tahu, 3 intipati utama di atas ya dan ada kadar tertentu.
Oleh itu, bekerjalah dengan sungguh², jangan cuai, ikutlah prosedur semasa bekerja, agar sekiranya berlaku malapetaka seperti di atas (Mintak simpang jauh²lah), ‘masih hidup’, boleh dipertimbangkan untuk Pencen Hilangupaya apabila dibersarakan atas sebab kesihatan.
Kena ingat, Pencen Bulanan lain, Pencen Hilangupaya adalah ‘faedah tambahan’ ya.
SUMBER: Bahagian Pasca Perkhidmatan
Rujukan: Skim Persaraan