Sudahkah anda bersedia untuk menduduki UPSR 2017 yang kurang 24 jam lagi dari sekarang? Saya yakin dan percaya guru-guru telah keluarkan seluruh kudratnya untuk memastikan murid-muridnya dapat menjawab dengan baik. Admin juga berharap perjalanan UPSR esok berjalan dengan lancar, sukacita di sini admin ingin kongsikan Soalan Ramalan UPSR 2017 yang mungkin boleh difokuskan sebagai pecutan terakhir.

Kepada murid-murid yang ingin mendapatkan soalan-soalan Ramalan UPSR ini bolehlah dapatkannya melalui pautan di bawah:

Soalan ramalan ini bukanlah soalan bocor atau soalan klon, namun ia adalah soalan yang dijangka sahaja akan masuk, kebarangkalian ia masuk adalah berdasarkan analisis daripada guru-guru sendiri. Oleh itu sekiranya tidak masuk jangan pula menyalahkan kepada soalan ramalan.

Namun begitu soalan ini boleh dijadikan sebagai soalan fokus, sekurang-kurangnya dapat juga beberapa ilmu dan tips penting yang ada di dalamnya.

Selain soalan ramalan, anda juga boleh merujuk soalan-soalan percubaan dan soalan tahun lepas yang boleh diperolehi melalui pautan di bawah:

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat persediaan terakhir sebelum bermulanya UPSR.

Selain daripada itu beberapa persediaan lain juga perlu ditekankan seperti:

Kesihatan

Setiap murid hendaklah memastikan anda menjaga kesihatan. Elakkan berada di luar kawasan rumah terutamanya ketika musim hujan ini.

Keselamatan Diri

Berhati-hati di jalan-raya, terutamanya yang menunggang basikal dan berjalan kaki.

Alat Tulis

Pastikan alat tulis cukup dan menepati syarat-syarat yang dibenarkan. Gunakan Pensel 2B, pastikan ada pensel tambahan sebagai backup, pemadam dan juga pembaris.

Solat Hajat

Setelah kita berusaha, jangan lupa untuk memohon doa dari Pencipta, mohon ampun dan amalkan solat hajat setiap hari.

Minta Maaf Dengan Ibu bapa dan Guru

Setiap hari mohon ampun dan maaf dengan ibu bapa, kerana restu dari ibu bapa sangat penting, minta ibu dan bapa mendoakan anda setiap hari. Begitu juga dengan guru.

Sekiranya ada maklumat baharu, admin akan kemaskini dari masa ke semasa. Follow Telegram Pendidik2u untuk kemaskini maklumat terbaru berkenaan soalan ramalan upsr yang ada.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: