soalan percubaan upsr 2017

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2017 seluruh negeri ini dikumpulkan bagi memudahkan para guru untuk membuat latih tubi menjawab soalan di sekolah masing-masing. Ia juga sebagai langkah persediaan untuk menghadapi Peperiksaan UPSR 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam usaha mengumpulkan soalan percubaan ini, kita memerlukan kerjasama dari guru-guru di seluruh negara, agar dapat menyumbang masa dan tenaga untuk berkongsi soalan dari negeri mereka.

Semua soalan ini akan dimasukkan ke dalam Google Drive, supaya memudahkan guru-guru untuk memuat turunnya.

 

Senarai koleksi Soalan Percubaan UPSR 2017 mengikut negeri:

Proses pengumpulan mengambil masa dari masa ke semasa, harap bersabar, sila bookmark page ini agar mudah untuk anda lihat selepas ini.

Kepada yang ingin menghantar soalan mereka boleh hantar ke emel pendidik2u@gmail.com atau upload file di facebook : m.me/pendidik2u

Anda juga boleh memaklumkan di Facebook Pendidik2u sekiranya telah menghantar soalan atau telah upload soalan.

Setelah anda berjaya mendapatkan soalan percubaan ini, anda bolehlah memberi latih tubi kepada murid-murid anda.

Mengapa perlu memberi soalan percubaan ini kepada murid-murid tahun 6 anda?

  • Soalan yang mengikut format terbaru UPSR
  • Mempunyai pelbagai aras.
  • Mempunyai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • Boleh membiasakan murid anda dengan format soalan UPSR Format Baru

Selain daripada itu, anda juga boleh jalankan program pecutan UPSR untuk memastikan mereka berjaya menguasai setiap subjek.

Anda juga boleh dapatkan panduan, nota, soalan ujian mengikut subjek melalui pautan di bawah:

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

PAFA

Perkara yang perlu difahami oleh semua adalah, UPSR ini merupakan Ujian terakhir bagi peringkat sekolah rendah. Ia diambil oleh murid tahun 6. Terdapat 6 Kertas yang ada di dalam penilaian ini.

Selain itu, murid di tahun 6 juga akan mendapat keputusan PAJSK, iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum. Oleh itu murid juga hendaklah aktif melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas, memegang jawatan dalam kelab, persatuan dan unit beruniform.

Di atas tadi juga admin ada masukkan PAFA, iaitu Perkara Asas Fardhu Ain. Murid di tahun 6 hendaklah lulus Penilaian PAFA ini, ia juga dimasukkan di dalam Sijil UPSR.

Antara perkara yang dinilai adalah:

  • Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  • Bersuci
  • Solat Lima Waktu
  • Puasa
  • Akhlak

Murid Tahun 6 juga diwajibkan untuk lulus PAFA ini.

Guru-guru juga perlu membuat Audit Percubaan UPSR ini, posmortem supaya dapat mencari langkah intervensi menyelesaikan masalah yang telah dikesan.

Sementara menunggu Soalan Percubaan UPSR 2017 ini dikumpulkan, anda boleh juga dapatkan soalan percubaan 2016 dan soalan UPSR Sebenar 2016.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, dan meningkatkan lagi semangat serta memudahkan urusan perjalanan program peningkatan dan pecutan sekolah anda. Jangan lupa untuk share dengan menekan butang share di bawah.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: