eGraduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).

Berbeza dengan guru yang sudah dilantik, maklumat direkodkan di laman eoperasi.

Hanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini.

Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.

Apakah Kegunaan eGraduan?

  • Sebagai data maklumat bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah.
  • Memastikan penempatan guru baharu lebih sistematik dan tersusun.
  • Laman Web untuk menyemak penempatan guru baharu.

Cara Daftar eGraduan Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu

URL untuk login eGraduan ialah:

LAMAN WEB
eGraduan

Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Pengguna aplikasi web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna.

Pendaftaran Pengguna

DAPATKAN PRINTER MURAH DI SINI

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.

Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Graduan. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Beberapa menu disediakan di bahagian kiri untuk dipilih mengikut peranan. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan.

Semoga penerangan mengenai egraduan ini memudahkan anda untuk menyemak dan login ke dalam sistem.