Home info Tiada kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan

Tiada kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan

11
0
Tiada kelas akademikminggu pertama persekolahan

Kementerian Pendidikan menjelaskan minggu pertama sesi persekolahan minggu depan tidak  melibatkan kelas akademik.

Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terkini bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi lebih awal.

“KPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru.

“Kita juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik. Kita faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak,” katanya dalam sesi temubual bersama sebuah radio pagi tadi.

RUJUK: Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) ini bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Mulai Sesi Akademik Tahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MUAT TURUN SPI: https://t.me/pendidik2u/7559

MUAT TURUN CADANGAN PROGRAM: https://t.me/pendidik2u/7566

Mengulas mengenainya, Fadhlina berkata, arahan terbaru itu telah dikeluarkan bagi mengelak tekanan terhadap pelajar baharu terutama yang baru memasuki sekolah.

“Kita tahu awal-awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut.

“Jadi kita nak beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here