Guru dikatakan sebagai golongan yang paling ramai menyertai MLM dan pelbagai skim-skim ponzi, money game. Jika anda lihat sendiri di Facebook anda pun betapa ramainya yang menyertai skim ini.
Mengapakah perkara ini berlaku? dan mengapa guru juga turut terlibat?
Antara faktor yang menyebabkan mudah terjebak adalah kerana, mudah membuat loan, sebut sahaja kerja kerajaan takat 50K tu semua bank memang suka nak bagi pinjam. Modal nak masuk jadi ahli biasa ni murah sahaja, tetapi mengapa ada yang sampai 30K untuk sertai ‘perniagaan’ ini. Ini kerana untuk cepat naik pangkat, baru dapat bonus besar.
Tapi bukan kena duduk diam sahaja, kenalah cari orang lagi masuk bawah kita. Kalau duduk goyang kaki, tiada ada orang nak join terpaksalah menanggung hutang, lambakan barang tidak terjual..
Kenapa ada yang terpengaruh?
- Desakan hidup, nak tambah pendapatan.
- Tengok kejayaan leader yang dah sertai awal.
- Hati tidak kental. Baru kena basuh sikit dah lemah, terus nak join.
- Terpengaruh dengan ayat Kerja Berkumpulan, Ada Mentor akan tolong.
- Terpengaruh dengan ayat, bila lagi nak kaya, bila lagi nak pakai kereta besar
Bagaimana untuk mengelakkan dari terlibat?
Kena pandai buat kajian sendiri, jangan mudah dipengaruhi, google ada, facebook ada..
Bersambung..