eGtukar merupakan aplikasi pertukaran guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan guru-guru memohon pertukaran.

Beberapa minggu lepas kita dihebahkan berita Keputusan eGtukar bagi sesi Oktober 2017 akan keluar pada 18 September. Adakah berita ini benar?

Sebenarnya tarikh itu hanyalah jadual kerja dari pihak KPM. Ia tidak semestinya tepat mengikut tarikh tersebut.

Keputusan eGtukar bagi sesi Oktober 2017 adalah pada ketetapan berikut:

Pemberitahuan

Terkini

KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU (SEKOLAH RENDAH) SESI OKTOBER 2017


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KEPUTUSAN KELULUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SERTA PENEMPATAN BAGI SESI OKTOBER 2017 BOLEH DISEMAK MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT :

A) MULAI 6.00 PETANG 25 SEPTEMBER 2017 KELULUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI SEKOLAH RENDAH SAHAJA

B) MULAI 30 SEPTEMBER 2017 SEMAKAN PENEMPATAN GURU YANG LULUS PERTUKARAN ANTARA NEGERI, PERTUKARAN ANTARA DAERAH DAN  PERTUKARAN DALAM DAERAH

C) SEMUA PERTUKARAN BERKUAT KUASA 2 OKTOBER 2017

SEMUA PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA BAGI SESI OKTOBER 2017 AKAN DIPERTIMBANGKAN SEMULA BAGI SESI JANUARI 2018.

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN ADALAH MUKTAMAD DAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Berita sah dari Laman Web eGtukar.