Kisah ini dipetik dari Group Tcher Collection,
Perkongsian pintar dari seorang guru SK Belokok, Pontian.
Setiap kali beliau membekalkan makanan kepada anakandanya mesti ada nota yang dikepilkan kepada anaknya. Dalam nota tersebut mesti ada ayat- ayat motivasi penuh dengan sentuhan kasih sayang dari umi kepada anakanda diikuti dengan tugasan yang perlu anakandanya selesaikan selepas menikmati makanan tersebut.
Tujuan saya post ni adalah untuk menggalakkan semua ibubapa menggunakan kesempatan yang ada untuk memotivasikan anak-anak belajar dengan cara yang kreatif.
Sumber : Hanisah Ismail
Lihat, sambil memberi makanan, ibu ini meletakkan nota-nota motivasi, doa dan harapan seorang ibu pada anaknya. Mungkin kita pun tidak pernah terfikir untuk melakukannya..
Sedikit sebanyak memberi kesan motivasi kepada anaknya, betapa besar harapan ibu bapa terhadapnya..