Home info 33,000 Pelajar Tingkatan Lima di Sarawak Terima Komputer Riba

33,000 Pelajar Tingkatan Lima di Sarawak Terima Komputer Riba

4
0
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin program perintis membekalkan komputer riba untuk 33,000 pelajar tingkatan Tingkatan Lima di sekolah seluruh Sarawak akan membuahkan hasil memberangsangkan. 

Perdana Menteri berkata, proses pengagihan komputer riba berkenaan dijangka selesai menjelang bulan depan, sekali gus membantu mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Ketika tinjauan mesra saya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong, Sarawak (April lalu), saya melahirkan hasrat supaya proses pembelajaran di Sarawak ditingkatkan dengan memberi kemudahan seperti komputer riba untuk pelajar.



Kamalanathan pada sidang media selepas majlis berkenaan, berkata komputer riba berkenaan diedar secara pinjaman kepada pelajar Tingkatan Lima dan akan digunakan oleh calon SPM tahun berikutnya. “Program bertujuan meninggikan pencapaian akademik ini sama seperti skim pinjaman buku teks. Sekiranya projek rintis ini berjalan lancar, kita akan pertimbangkan untuk diperluaskan ke negeri lain,” katanya.

Selanjutnya di :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here