Majlis Daearah Sipitang dalam satu laporan di laman Facebook nya melaporkan terdapat sebuah sekolah yang sedang melakukan mesyuarat diarah memberhentikannya serta merta kerana gagal melanggar arahan PKP.

Berikut merupakan laporan dari MDS:

LAPORAN TINDAKAN KHAS PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI PASARAYA, SERBANEKA, JUALAN RUNCIT, RESTORAN, STESEN MINYAK DAN PASAR AM

Tarikh : 11hb. Mei 2020M (Isnin) / 18 Ramadhan 1441H

Anggota Petugas :
1. Yahya Hj. Gista (Ketua)
2. Abdullahzainny Juti
3. Mohd. Hasmy Hj.Saidin
4. Mohd. Alizam Samat
5. Zulkarnain Musa

HASIL PEMERIKSAAN :-
Tindakan Khas :

a). Berdasarkan maklumat Awam, Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Sipitang beserta Penguatkuasa KKM, Polis dan Tentera mengarahkan sebuah sekolah jenis kebangsaan (S.R.J.K (C) Chung Hwa, Pekan Sipitang) menghentikan dengan serta-merta aktiviti mesyuarat guru-guru kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Sipitang.

b). Keadaan tetap TERKAWAL dan PATUH ‘Social Distance’ dan pemakaian ‘Mask’ serta penggunaan ‘Hand Sanitizer’ di Pasar Awam Pekan Sipitang, Maybank, Kedai Kopi Rasa Sayang, Kedai Kopi Mas Jaya, 99 Speedmart, Mr.DIY, One Stop Superstore dan U-Plus.

Walaupun jumlah mereka yang berurusan agak ramai, namun keadaan pematuhan ‘Social Distance’ semakin baik dan terkawal.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


srjk chung hwa sipitang

sekolah diserbu

 

Berikutan itu, kita berharap semua sekolah mematuhi arahan pihak kerajaan agar mematuhi garis panduan yang diberikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan Garis Panduan Hadir ke Pejabat di bawah KPM, untuk mesyuarat pula digalakkan secara atas talian, ia bertujuan mengurangkan pertemuan antara satu sama lain.

Pihak yang terlibat juga perlulah mematuhi segala arahan pihak berkuasa, seperti Majlis Daerah, KKM, Polis dan Tentera.

Ops Unit Penguatkuasa MDS, KKM, Polis dan Tentera ini juga telah membuat pemeriksaan di beberapa tempat tumpuan lain seperti pasaraya, stesen minyak, pasar awam, restoran dan sebagainya.