Keputusan pertukaran guru bagi sesi 2017 untuk bulan oktober dijangka dapat diketahui dalam masa terdekat. Buat masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi arahan supaya PPD dan JPN membuat pengesahan.
Beikut adalah arahan yang dikeluarkan di Laman Web eGtukar:
Sesi pengesahan peringkat ppd dan jpn serta bahagian bagi permohonan pertukaran guru sekolah rendah berkuatkuasa oktober 2017 telah dibuka untuk tindakan.
Dimohon pihak ppd/jpn/bahagian melaksanakan tindakan pengesahan bagi permohonan masuk dan permohonan keluar mengikut ketetapan surat siaran yang telah diedarkan. Sekian. Harap maklum. |
Berdasarkan analisa pertukaran guru sesi oktober 2017, di peringkat Sekolah Rendah Kelantan masih menjadi negeri paling ramai yang ingin memohon masuk. Mungkin kerana orang Kelantan paling ramai menjadi guru dan ingin pulang berkhidmat ke kampung halaman.
Antara negeri-negeri yang turut tinggi jumlah permohonannya adalah negeri Terengganu, Kedah dan Selangor. Manakala negeri yang paling ramai ingin memohon keluar adalah Sarawak diikuti Selangor dan Johor.
Sarawak kita sedia maklum, ramai yang dari semenanjung ingin pulang ke semenanjung, manakala Selangor dan Johor mungkin kerana ramai yang dari negeri luar.
Antara faktor yang dipertimbangkan untuk pertukaran adalah:
Duka Lara |
Ancaman Keselamatan |
Sakit Kronik |
Tempoh Berkhidmat |
Permohoanan Bersama |
Lain-lain Alasan |
Maklumat terbaru, tidak boleh tukar selagi belum sah jawatan, itulah nasihat yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid kepada para guru yang memohon pertukaran.
“Kadang-kadang guru ini baharu ditempatkan selama setahun tapi sudah berkahwin. Jadi, alasan dia (untuk bertukar) ialah sudah berkahwin dan ingin ditempatkan bersama suami atau isteri.
“Mereka perlu mempunyai ‘mindset’ selepas 3 tahun baru (boleh) bertukar. Mudah bagi kementerian jika semua (berfikiran) begitu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan kelapan, di sini.
Memang agak terkedu juga apabila mereka yang berjauhan mendengar berita ini. Tetapi berdasarkan rekod-rekod keputusan egtukar lepas ramai sahaja yang belum disahkan jawatan diluluskan permohonan.
Sekarang ni proses untuk pengesahan jawatan mengambil masa 3 tahun, ini berikutan kerana lambakan guru yang belum menghadiri Program Transformasi Minda (PTM), dan kementerian nampaknya mengambil alternatif Kursus Dalam Talian EPSA untuk memastikan para guru dapat disahkan dalam kadar segera.