Home info Program Transformasi Minda PTM Melalui E-Pembelajaran EPSA

Program Transformasi Minda PTM Melalui E-Pembelajaran EPSA

147
0

Pelaksanaan Kursus PTM melalui E-Pembelajaran EPSA? Kursus apa ini? Mungkin ramai yang sudah mendapat info serba sedikit tentang ini. Program Transformasi Minda (PTM) merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri oleh penjawat sebagai salah 1 syarat untuk disahkan di dalam perkhidmatan, atau disebut sah jawatan. PTM sebenarnya menggantikan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Perubahan adalah kerana perubahan modul dan objektif selaras dengan apa yang telah ditetapkan JPA.

PTM EPEMBELAJARAN EPSA
Mungkin ada yang sedang membaca artikel ini adalah yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan, menunggu nama naik di dalam sistem. Pasti ramai yang dah posting dari 2014 lagi, tetapi masih belum disahkan jawatan.
Kini sudah 2017, jumlah yang masih belum menghadiri PTM masih ramai, maka berlaku tunggakan.

PTM Melalui E-Pembelajaran Sektor Awam EPSA

Di atas faktor itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan PTM secara atas talian melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Ia sebegai langkah alternatif untuk memastikan setiap pegawai dapat disahkan dalam masa yang ditetapkan.
PTM EPSA
Siapakah yang terlibat dalam PTM melalui EPSA ini, mereka yang terlibat adalah:
  • Warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia lantikan tetap dari tahun 2014 hingga 2016.
Selain Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), mereka yang Perkhidmatan Bukan Pendidikan (BPG) yang di bawah KPM turut terlibat dalam PTM melalui E-Pembelajaran ini.
Panduan Mendaftar PTM melalui EPSA
  • Pihak berkenaan/ JPN perlu memastikan setiap peserta menjadi ahli di EPSA.
  • Pendaftaran hendaklah dibuat oleh peserta dengan menggunakan emel rasmi jabatan di laman web berikut: http://www.epsa.gov.my


Berapa kursus yang perlu dibuat dibuat di dalam sistem ini?
Modul Kursus PTM EPSA
Melalui jadual di atas ada:
  • 9 Modul wajib dalam EPSA.
  • 1 Modul kursus wajib iaitu Budaya Kerja Kelas Pertama yang boleh dimuat turun di: SPLKPM
  • 3 Modul kursus pilihan, boleh pilih dari 12 kategori yang telah ditetapkan oleh JPA.
Sekiranya di tempat anda tidak ada capaian internet, atau ada tetapi lemah, pihak Pentadbir boleh membenarkan peserta menjalankan kursus di PPD, JPN atau premis KPM yang terdekat, maksimum boleh keluar 4 hari sahaja.
Tempoh Pelaksanaan Kursus
15 Jun 2017 hingga 30 Jun 2018
Setelah anda selesai Kursus EPSA ini adakah terus boleh disahkan jawatan?
Belum lagi, anda perlu:
Mencetak surat tamat kursus STK EPSA dan mengisi borang Permohonan Pengecualian PTM yang disediakan, setelah mendapat pengesahan surat, anda akan dapat menerima surat kelulusan, setelah beberapa proses selesai barulah anda disahkan dalam perkhidmatan.
Untuk lebih faham anda boleh rujuk Carta Aliran PTM Melalui EPSA di bawah:
Carta aliran PTM melalui EPSA
Memang banyak proses yang perlu dilalui, tapi sebenarnya ia tidaklah sesukar yang anda rasakan, ikut prosuder yang telah ditetapkan, InsyaAllah akan berjaya. Semoga usaha anda akan dipermudahkan. Garis panduan PTM melalui E-Pembelajaran Sektor Awam EPSA ini boleh dimuat turun di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here