Polis menahan seorang bapa yang mengamuk dan mengugut seorang guru di sebuah sekolah di Kota Kinabalu pada hari Isnin.
Bapa berusia 49 tahun itu marah kerana anaknya didakwa dipukul oleh guru itu setelah didapati merokok di tandas sekolah sekitar pukul 9.30 pagi.
Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, berkata, guru berusia 40 tahun itu mendapat maklumat daripada muridnya bahawa ada pelajar lain yang merokok di tandas.
“Pengadu kemudian terus ke tandas untuk membuat pemeriksaan dan terhidu bau asap rokok selain terdapat tiga pelajar berada di dalam tandas tersebut.
“Pengadu mahu membawa pelajar ke bilik dislipin tetapi pelajar tersebut bertindak agresif dan hasil pemeriksaan pada beg pelajar itu telah menemui satu kotak rokok,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah Mohd Zaidi lagi, tidak lama kemudian bapa pelajar tersebut telah datang ke sekolah dalam keadaan marah.
Suspek telah ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.