Baru-baru ini, warganet sedang hangat membincangkan tentang trend majlis graduasi murid yang dikatakan agak berlebihan dan keterlaluan kerana diadakan di hotel mewah berbanding di sekolah.

Isu ini masih menjadi perbualan di media sosial hingga kini, dengan pelbagai pendapat dan hujah yang diperdebatkan. Pihak sekolah didakwa membuat keputusan tanpa mengambil kira keadaan kewangan ibu bapa, dan ada pendapat yang mengatakan penganjuran majlis graduasi di hotel mewah bukanlah keperluan, malah ia disifatkan sebagai satu bentuk pembaziran.

APA PANDANGAN ANDA? BOLEH VOTE

Coming Soon
Wajarkah Majlis Graduasi / Jamuan Tahun 6 diadakan di Hotel?
Wajarkah Majlis Graduasi / Jamuan Tahun 6 diadakan di Hotel?
Wajarkah Majlis Graduasi / Jamuan Tahun 6 diadakan di Hotel?

Di samping itu, terdapat pihak yang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memansuhkan majlis konvokesyen, kerana ia bukan satu kewajipan. Jika penganjuran konvokesyen tetap diperlukan, mereka berpendapat bahawa ia sepatutnya berlangsung di sekolah sahaja.

Pihak sekolah, terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling, diminta untuk menjadi perantara dalam memaklumkan kepada pentadbir agar tidak menjadikan hari graduasi sebagai acara tahunan. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana dan mengambil kira kepentingan semua pihak.