Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Tajuk:
Pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016.
Nama Perjawatan:
Guru Tahfiz dan Guru Dini Secara Interim.
Tempoh Interim:
Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces mulai 15 Ogos 2016 (Isnin).