Home info RPH Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR Excel

RPH Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR Excel

19
0
RPH BM Tahun 5

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR merupakan RPH yang boleh digunakan sepanjang tahun, RPH ini sebenarnya telah dibina oleh Cikgu Jamaludin Musa dan satu lagi dibina oleh kumpulan telegram eRPHMalaysia yang diasaskan oleh Dr.Saga.

Kepada yang ingin mendapatkan RPH tersebut bolehlah memuat turun pada pautan di bawah:

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

RPH ini adalah dalam bentuk Excel dan Spreadsheet, anda juga boleh memuatnaik ke Google Drive untuk dijadikan eRPH secara online.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Sertai juga Telegram @erphmalaysia untuk mempelajari cara membina eRPH dan menyertai bengkel yang telah dianjurkan oleh Dr. Saga.

Anda sama sekali dilarang keras untuk menjual biarpun telah membuat ubah suai pada tapak rph tersebut.

Kita juga perlu menghormati hasil kerja yang telah dibina oleh rakan-rakan kita, tidak dibenarkan untuk menjual untuk kepentingan sendiri.

Anda juga digalakkan untuk menyumbang RPH hasil anda sendiri ke dalam group tersebut.

Perbincangan dalam kumpulan panitia juga sangat penting untuk membantu menambah lagi aktiviti yang bersesuaian dengan PdPc anda.

Perbincangan dengan rakan-rakan di dalam panitia anda bertujuan untuk menambah beberapa elemen yang dirasakan sesuai mengikut kelas yang anda ajar.

Hasil perbincangan berkumpulan akan membuahkan hasil yang lebih baik dengan pelbagai pendapat yang bermanfaat untuk digunakan bersama.

Selaras dengan penekanan terhadap Pembelajaran Abad 21, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga kini berlaku sedikit penambahan, yang mana perubahan ini sebagai sokongan untuk membuktikan kita melaksanakan PdPc Abad 21.

RPH PAK21 kebiasaannya mempunyai beberapa elemen seperti:

Antara perkara yang perlu ada dalam RPH Abad 21 ialah:

  • Mata Pelajaran
  • Tarikh/Hari
  • Bidang Pembelajaran
  • Objektif/Kriteria Kejayaan
  • Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • ABM/BBM
  • Elemen Merentas Kurikulum
  • Tahap Pemikiran
  • Peta Pemikiran i-Think
  • Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Tahap Penguasaan
  • Penilaian
  • Refleksi

Semoga info dan maklumat RPH BM Tahun 5 ini dapat dikongsikan bersama-sama rakan-rakan yang lain. Sebarang pertanyaan boleh ke facebook atau telegram Pendidik2u. Untuk Subjek dan Tahun lain boleh ke: Koleksi RPH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here