Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada subjek yang terdapat di dalam UPSR, ia juga mempunyai 2 kertas iaitu Pemahaman dan Penulisan.

Penulisan RPH pada masa kini terdapat dalam pelbagai versi, berdasarkan pekeliling RPH boleh ditulis mengikut apa cara yang bersesuaian tidak semestinya dalam bentuk penulisan tangan di dalam Buku Rekod Pengajaran.

Di sini dikongsikan RPH Bahasa Melayu Tahun 6 untuk kegunaan guru-guru khususnya yang mengajar tahun enam, kepada yang ingin mendapatkannya boleh memuat turun di:

  • Versi 1 – Cikgu Jamaludin Musa
  • Versi 2 – edidikMalaysia
  • Versi 3

RPH ini telah di bina oleh Cikgu Jamaludin Musa, dan Versi 2 dari Kumpulan eDidikMalaysia boleh sertai kumpulan telegram @erphMalaysia yang diasaskan oleh Dr. Saga.

Dilarang sama sekali untuk menjual RPH yang telah dikongsikan di sini, RPH ini adalah percuma, bukan untuk dijual biarpun anda telah membuat beberapa penambahan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Saga selaku peneraju utama eRPH di Malaysia ini. Sumbangan dan ilmu yang disampaikan asangatlah berguna untuk transformasi pendidikan di negara kita.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Anda juga boleh membuat perbincangan dengan rakan-rakan di dalam panitia anda untuk menambah beberapa elemen yang dirasakan sesuai mengikut kelas yang anda ajar.

Hasil perbincangan berkumpulan akan membuahkan hasil yang lebih baik dengan pelbagai pendapat yang bermanfaat untuk digunakan bersama.

Penghasilan RPH sebenarnya perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang terbaru berdasarkan DSKP KSSR yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Antara perkara yang perlu ada dalam RPH Abad 21 ialah:

  • Mata Pelajaran
  • Tarikh/Hari
  • Bidang Pembelajaran
  • Objektif/Kriteria Kejayaan
  • Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • ABM/BBM
  • Elemen Merentas Kurikulum
  • Tahap Pemikiran
  • Peta Pemikiran i-Think
  • Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Tahap Penguasaan
  • Penilaian
  • Refleksi

Semoga info dan maklumat RPH BM Tahun 6 ini dapat dikongsikan bersama-sama rakan-rakan yang lain. Sebarang pertanyaan boleh ke facebook atau telegram Pendidik2u. Untuk Subjek dan Tahun lain boleh ke: Koleksi RPH