Kes Cikgu Idzahril yang dijadualkan hari ini mendapat liputan meluas di media utama, beliau yang didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dihadapkan ke Mahkamah Jawi turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO dan rakan-rakan.

Namun begitu pada hari ini, Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan beliau ke bulan Februari, (Sebutan Semula: 19 Februari) kerana Pihak Pendakwa masih belum dapat melengkapkan dokumen laporan perubatan.

Ini bermakna pada bulan Februari nanti ada 2 kes yang akan dibicarakan termasuk kes Ustaz Adib

Turut hadir di mahkamah adalah Presiden Cuepacs, KGMMB, GPMS dan rakan-rakan seperjuangan.

Berita yang mengatakan keluarga murid menarik balik tuduhan adalah tidak benar.

Teruskan menyokong beliau di: Sokongan Buat Cikgu Idzahril

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u