Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan iklan pengambilan Pekerja Sambilan Harian dan mempelawa individu yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di KPM 2018 berikut:

Nama Jawatan: Pembantu Tadbir N19 (Sambilan)
Klasifikasi: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Gred: N19
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
Jadual Gaji: Gaji Harian (RM54 Sehari)

Mungkin ramai yang bertanya apakah maksud gaji harian ini? Ia sebenarnya adalah bayaran gaji mengikut jumlah hari bekerja pada bulan tersebut. Ia tidak sama seperti yang sudah berjawatan tetap di mana menggunakan gaji bulanan.

Syarat Lantikan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  3. Hanya calon yang mempunyai kelayakan minimum di peringkat SIJIL DALAM BIDANG PENGURUSAN,PERAKAUNAN,GRAFIK DAN MULTIMEDIA di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan diberi pertimbangan;
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  5. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  6. Calon diwajibkan membawa Sijil SPM dan transkrip keputusan Ijazah / Diploma bagi semester akhir semasa menghadiri temuduga;
  7. Permohonan terbuka kepada semua calon yang layak; dan
  8. Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini.

Cara memohon:

Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Resume
  • Salinan diploma yang telah disahkan;
  • salinan transkript yang telah disahkan; dan
  • salinan sijil spm yang telah disahkan.

Semua dokumen hendaklah dikemukakan ke bahagian ini seperti alamat di bawah sebelum atau
pada 12 januari 2018 (jumaat).

Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Bawah Dan Aras 2
No. 2251 Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor

Hanya calon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk hadir temuduga pada masa yang akan ditetapkan oleh bahagian ini.

Iklan Rujukan: Jawatan Kosong KPM
Tarikh Tutup: 12 Januari 2018

Apakah skop kerja Pembantu Tadbir ini? Pembantu Tadbir akan menjalankan kerja-kerja pengkeranian serta membantu urusan-urusan yang berkaitan di pejabat dengan bimbingan Ketua Kerani.

Kepada yang berminat untuk memohon Pekerja Sambilan Harian ini, atau mempunyai saudara mara yang sedang mencari pekerjaan bolehlah cuba untuk memohon. Sebarkan kepada rakan-rakan dengan menekan butang share di bawah.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u