Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan media menjelaskan bahawa tiada sebarang unsur yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum sepanjang sesi ceramah Firdaus Wong dalam program di sekolah di Kulim awal bulan ini.

Dalam kenyataan itu, KPM berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas menjemput Firdaus sebagai penceramah motivasi untuk bercakap mengenai “sahsiah unggul murid”.

“Sepanjang sesi ceramah, tiada sebarang unsur yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum yang disentuh oleh Firdaus kerana pihak sekolah telah pun memaklumkan beliau perkara-perkara yang perlu dielakkan demi keharmonian warga sekolah, guru dan murid.

“Menjadi dasar KPM untuk pihak sekolah berhati-hati apabila mengundang penceramah dalam mana-mana program sekolah,” kata kenyataan itu.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Berikut adalah kenyataan media KPM berkenaan isu teesebut:

Isu firdaus wong