HEBAHAN : PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) DI POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada:

– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA.

– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA.

– Para Pentadbir dan Pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sehubungan itu, PPPT yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://biasiswa.moe.gov.my/hlp/index.php atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuatnaik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Permohonan akan mula dibuka mulai 10 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 25 Julai 2019 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas dari jam 5.00 petang tidak akan diproses. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

10 Julai 2019