Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia.  Namun, sambutannya disambut pada tarikh yang berbeza-beza bagi setiap negara. Ada di sesetengah negara yang menjadikan Hari Kanak-Kanak sebagai hari cuti umum.

Di Malaysia, Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut pada hari Sabtu Minggu keempat di bulan Oktober pada setiap tahun. Ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Program Sambutan Hari Kanak-Kanak di Malaysia ada di anjurkan di sekolah. Setiap tahun program ini akan diatur dan dirancang di dalam Takwim Persekolahan. Ia merupakan salah satu program yang dikhaskan untuk meraikan peranan dan sumbangan kanak-kanak di sekolah.

Disamping itu, terdapat pengisian-pengisian program yang boleh mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan  silaturrahim diantara kanak-kanak (murid), pihak sekolah dan para ibubapa.

Bagi mencapai maksud objektif Hari Kanak-kanak Sedunia yang di isytiharkan oleh UNESCO dan PBB iaitu sebagai ‘hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia’, terdapat beberapa aktiviti program yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bagi meraikan mereka untuk Program Sambutan Hari Kanak-Kanak ini seperti:

  • Persembahan Pentas

Ia terdiri daripada beberapa persembahan seperti, persembahan berzanji, persembahan tilawah Al-Quran, bernasyid, persembahan menari, silat, kumpulan koir, kumpulan bermain instrument muzik, menyanyi, bercerita, deklamasi puisi, syair, gurindam dan pantun serta persembahan teater.

Persembahan pentas ini boleh juga dibuat secara pertandingan antara kelas, darjah (batch) atau mengikut warna rumah sukan.

  • Pakaian Beragam

Pakaian Beragam pun apa kurangnya. Ia secara tidak lansung memperkenal kepada kanak-kanak tentang masa depan dan cita-cita. Kanak-kanak boleh didedahkan dengan dunia pekerjaan yang ada di Malaysia malah didunia. Ia secara tidak lansung daapt memberitahu peranan dan tanggungjawab setiap pekerjaan apabila mereka besar kelak.

  • Sukaneka Hari Kanak-Kanak

Singkatan kepada ‘acara sukan yang beraneka’. Seperti yang kita sedia maklum, sukaneka merupakan acara yang wajib ada di sekolah. Kadang-kadang tidak kira sama ada semasa hari Sambutan Hari Kanak-Kanak atau tidak, acara sukaneka ini salah satu program yang dianggap penceria majlis.

Setiap pasukan bersorak gembira, memberi semangat antara satu sama lain mengeratkan lagi silaturrahim dan meningkatkan semangat muhibbah antara ahli-ahli dalam pasukan. Contohnya:

  • Isi Air Dalam Botol
  • Bawa bola ping pong dalam sudu
  • Rebut kerusi
  • Tiup tepung
  • Tiup belon
  • Tuju Tin
  • Lari dalam guni
  • Baling bola dalam bakul
  • Sambut Belon Air

 

  • Majlis Hari Jadi

Bayangkan satu sekolah meraikan hari jadi kanak-kanak disekolah bersama-sama. Meriah bukan? Ia umpama majlis atau jamuan makan. Ada di sesetengah sekolah, kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan Oktober diminta membawa kek masing-masing manakala kanak-kanak yang lain pula boleh membawa makanan yang lain seperti buah-buahan, satay, mee, bihun, kuih muih. Boleh dikatakan umpama Jamuan Potluck.

Ada juga di sesetengah sekolah, membuat tempahan kek yang bersaiz besar (the giant cake) dan dikelilingi oleh para pelajar untuk memotong kek bersama-sama. Aktiviti ini harus di maklumi kepada para ibubapa dengan lebih awal, kerana ada segelintir yang tidak tahu tentang Majlis Hari Jadi akan bermurah hati dan berbesar hati untuk melakukan secara persendirian buat meraikan anak-anak mereka disekolah kerana tidak tahu akan aktiviti sekolah. Mana tahu jika mereka dimaklumi lebih awal dapat turut serta dan menjadi sponsor majlis!

  • Aktiviti Main Air

Aktiviti main air adalah salah satu aktiviti yang menjadi keseronokkan kepada kanak-kanak. Contohnya main tembak-tembak pistol air, mandi bersama kawan didalam portable swimming pool dan seharusnya aktiviti ini juga turut diselia dan disertai oleh para guru.

Mereka boleh diasingkan mengikut jantina dan kelas. Biasanya untuk sekolah / tadika yang berkapasiti sedikit, ada yang menyelitkan aktiviti main air semasa Sambutan Hari Kanak-Kanak.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Lawatan ke Zoo atau tempat-tempat yang menarik.

Aktiviti outdoor seronok juga bagi meraikan kanak-kanak, melihat keterujaan mereka terhadap haiwan dan tempat-tempat yang menarik. Biasanya untuk aktiviti begini pihak sekolah boleh melakukan secara berperingkat-peringkat bagi setiap darjah, dan dilakukan pada bulan Hari Kanak-Kanak di sambut iaitu bulan Oktober.

Contohnya hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober, pelajar darjah satu membuat lawatan, hari Sabtu minggu kedua untuk pelajar darjah dua, dan begitulah seterusnya.

  • Aktiviti Usahawan Cilik

Boleh juga semasa hari sambutan tersebut ada kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti perniagaan yang ringan-ringan. Sediakan bazar untuk si cilik untuk terdedah secara asas dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan. Apa kata, guru dan ibubapa pula menjadi pelanggan istimewa mereka. Apatah lagi melihat kanak-kanak yang petah bercakap bagi melariskan jualan. Pasti seronok!

  • Aktiviti Tukar-tukar hadiah.

Tukar-tukar hadiah biasanya dilakukan apabila tibanya hari perpisahan, namun boleh juga dilakukan diantara kanak-kanak sebagai tanda mereka menghargai persahabatan dan meraikan hari sambutan mereka sebagai seorang kanak-kanak.

  • Pertandingan

Adakan pertandingan kepada kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mengikut tema yang ditetapkan. Contohnya diadakan pertandingan menghias kelas, pertandingan mewarna, melukis, menulis certot, menulis komik.

  • Pameran

Boleh juga dianjurkan pameran yang diurus oleh guru dan para pelajar. Pameran dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada kanak-kanak.

Demikian, setiap pengisian program yang bakal dijalankan perlu dirancang dengan baik dan beberapa persediaan perlu dilakukan lebih awal supaya tidak kelam kabut.

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK

 

Antara persediaannya ialah:

  • Tubuhkan Ahli Jawatan Kuasa Majlis

Tubuhkan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Majlis yang akan mengurus dan mengelola Program Sambuatan Hari Kanak-Kanak agar mudah untuk membuat sebarang persiapan dan rujukan sebelum, semasa dan selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak.

  • Agihan tugas

AJK-AJK yang telah dilantik diagihkan tugas masing-masing dan dikategorikan kepada skop-skop bahagian untuk hari Sambutan tersebut. Contohnya AJK bahagian Multimedia, AJK bahagian Hadiah, AJK bahagian Jemputan, AJK Bahagian Peralatan, AJK bahagian pentas dan PA System, AJK bahagian Aktiviti dan lain-lain.

Aktiviti program yang hendak dilaksanakan seharusnya dibincangkan terlebih dahulu, agar agihan tugas-tugas ini untuk Program Sambutan Hari Kanak-Kanak lebih mudah dan jelas untuk serahkan kepada AJK yang terlibat.

  • Sediakan Kertas Kerja.

Setelah aktiviti program ditentukan dan agihan tugas telah dibuat, dapatlah AJK –AJK menyediakan satu kertas kerja yang menjelaskan tentang tujuan, matlamat program, objektif program serta penerangan aktiviti-aktiviti yang bakal berlansung. Perkara seperti peralatan dan persediaan perlu ada, agar Program Sambutan berjalan dengan lancar.

CONTOH KERTAS KERJA DAN BUKU PROGRAM: HARI KANAK-KANAK

Semasa penyediaan kertas kerja dilakukan, perbelanjaan atau budget adalah salah satu perkara utama bagi menampung setiap aktiviti program. Senaraikan aktiviti yang hendak dilakukan kemudian work out untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat. Dari situ, kita akan dapat melihat terdapat beberapa aktiviti tertentu yang perlu dibatalkan atau boleh diteruskan. Lakukan juga perbandingan harga dengan pembekal agar budget dapat diurus dengan berhati-hati dan tidak membazir.

  • Jemputan

Tentukan jemputan, lihat kapasiti dan keadaan, adakah ia hanya event diantara guru dan murid sahaja atau perlu membuat jemputan khas VIP dan ibubapa.

  • Hadiah dan Cenderamata

Hadiah dan cenderamata adalah acara kemuncak bagi satu-satu majlis atau program. Senaraikan apa-apa aktiviti yang memerlukan hadiah dan mana-mana aktiviti yang tidak memerlukan hadiah.

Cenderamata pula biasanya bergantung kepada majlis yang menjemput tetamu VIP atau pun tidak. Jika ada menjemput tetamu khas, cenderamata sebagai tanda ingatan biarlah yang bersesuaian dengan tema Program Sambutan Hari Kanak-Kanak di Sekolah.