Menteri Kanan Pertahanan dalam sidang media petang tadi mengumumkan KPM telah membentangkan SOP pembukaan Prasekolah dan tadika yang mana dicadang akan dibuka pada 1 Julai 2020
Prasekolah, tabika dibuka bermula 1 JulaiSemua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Posted by Bernama TV on Isnin, 15 Jun 2020
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika.
“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya.