Home info Ibu bapa boleh buat aduan, jika sekolah tak ikut garis panduan cuaca...

Ibu bapa boleh buat aduan, jika sekolah tak ikut garis panduan cuaca panas

14
0

SEREMBAN – Ibu bapa boleh mengemukakan aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya mereka mendapati sekolah tidak mematuhi garis panduan berkaitan cuaca panas yang telah ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa aduan tersebut perlu dibuat secara rasmi supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dilakukan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Saya ingin menegaskan bahawa garis panduan ini harus diikuti, dan pada masa yang sama, kita juga merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pedoman berkaitan isu cuaca ini.

“Garis panduan ini memang perlu dipatuhi sepanjang masa. Namun, jika ada aduan, saya mohon agar aduan tersebut dipanjangkan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam kami (KPM) untuk kami memberikan bantuan dan mengambil tindakan sekiranya aduan tersebut berasas,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas menghadiri program Kem Generasi Madani (GenMADANI) bagi Pemimpin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Peringkat Kebangsaan 2024.

Bagaimanapun katanya, buat ini KPM masih belum menerima apa-apa aduan secara rasmi daripada ibu bapa berkaitan isu cuaca panas.

program Kem Generasi Madani (GenMADANI) yang diadakan bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin negara pada masa hadapan. Ini adalah langkah yang baik untuk memastikan bahawa negara mempunyai pemimpin yang berkualiti dan beretika. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar dan membantu membentuk masa depan yang lebih baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here