Home info Berjoget ‘Alamak Raya Lagi’ boleh jatuh hukum haram – Mufti

Berjoget ‘Alamak Raya Lagi’ boleh jatuh hukum haram – Mufti

15
0
mufti terengganu

Sempena sambutan Aidilfitri, aksi dan gaya tarian yang menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ telah menjadi trend dan ikutan ramai, terutama di kalangan wanita beragama Islam. Namun, perlu diingat bahawa tarian ini boleh membawa kepada hukum haram sekiranya mendedahkan aurat pelakunya.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun, menegaskan bahawa trend ini yang dilakukan semata-mata untuk kandungan media sosial perlu dielakkan. Ia dilihat sebagai tindakan yang menjatuhkan maruah dan mempamerkan aurat wanita.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Menurutnya, perbuatan ini bukan sahaja menyerlahkan reputasi negatif kepada pelakunya, malah turut mencemarkan perayaan Aidilfitri yang diraikan oleh seluruh umat Islam.

“Sebarang perbuatan yang negatif sudah pasti mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri itu sendiri,” katanya.

Mohamad Sabri juga meluahkan rasa kesal atas tindakan masyarakat beragama Islam yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa sehingga melupakan batas agama.”

“Kita kesal dengan masyarakat kita yang suka membuat trending apabila ada sesuatu yang dilihat baharu tanpa berfikir sama ada ia positif atau negatif.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya jangan mudah terikut-ikut dengan budaya baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here