Home info 6,034 ORANG GURU COS BAHARU DITEMPATKAN DI SEKOLAH KPM SELURUH NEGARA

6,034 ORANG GURU COS BAHARU DITEMPATKAN DI SEKOLAH KPM SELURUH NEGARA

18
0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penempatan seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di
sekolah-sekolah KPM seluruh negara bermula pada 15 April 2024.

Seramai 1,858 calon daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS ditempatkan di sekolah menengah manakala seramai 4,176 lagi di
sekolah rendah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan
kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen / mata pelajaran semasa di sekolah.

KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara.

KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

-TAMAT-

17 APRIL 2024
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here