Bagi kes guru mengajar tidak mengikut opsyen, bagaimanakah proses aduannya?

Aduan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Aduan secara lisan boleh dibuat melalui panggilan telefon atau datang sendiri ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan secara bertulis boleh dihantar melalui pos, faks atau emel.

­Mengapakah gaji guru ganti berbeza-beza mengikut negeri?

Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian dan kadar upah ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik (dibuktikan melalui dokumen yang sah) yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan.

­Adakah pemeriksaan ke atas pengurusan kantin sekolah yang dimiliki operator berkaum Cina dilakukan untuk mengesahkan kebersihan dan kehalalan makanan yang disediakan mereka?

Pegawai pejabat Kesihatan akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah untuk memeriksa kantin sekolah tertutamanya dari aspek kebersihan dan keselamatan makanan. Pihak sekolah juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau mana-mana pihak berkenaan, jika memerlukan sebarang nasihat atau pendapat mengenai kesihatan, kebersihan dan keselamatan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bagaimanakah proses untuk membuat aduan bagi kes sexual grooming yang berlaku dalam kalangan warga sekolah?

Terdapat lapan (6) saluran bagi perkhidmatan 1MOCC iaitu Panggilan Suara, SMS, Emel, Facebook, Twitter, Portal, Faks dan Mobile Apps yang boleh digunakan warga sekolah untuk  membuat aduan iaitu:
 

 1.www.malaysia.gov.my
 2.mobile.1mocc.gov.my
 3.80008000@1mocc.gov.my
 4.facebook.com/1mocc
 5.twitter.com/myGovPortal
 6.03-8000 8000   [ Panggilan Suara  |  SMS  |  Faks ]

­Bolehkah pihak kementerian mengeluarkan jumlah guru yang telah berjaya ditukarkan dan membuat poster bagi menerangkan kriteria permohonan pertukaran?

Maklumat pertukaran guru boleh didapati melalui pautan https://epgo.moe.gov.my/ EGTUKAR

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u