Bila egtukar 2019 dibuka? Itulah persoalan yang selalu timbul diawal tahun ini, kini KPM telah membuat pengumuman bahawa egtukar 2019 telah dibuka

Pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2019, kementerian pendidikan malaysia.

Adalah dimaklumkan permohonan pertukaran guru bagi sesi jun 2019 dan sesi januari 2020 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai:
18 februari 2019 sehingga 27 mac 2019

Kepada yang ingin membuat permohonan pastikan membuat semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran, sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing

Syarat-syarat umum permohonan eGtukar 2019

  1. Kementerian pendidikan malaysia (kpm) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
  3. Kpm tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di kpm
  5. Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran: 
  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru dg42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  1. Semua jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
  2. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan. 
  3. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan. 

 Laman Web egtukar: https://epgo.moe.gov.my

Laman utama e-GTukar memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Laluan Masuk, Bantuan & Info, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.

Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan bantuan. Laluan Masuk ke e-GTukar adalah dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.

Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata
laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di
laman utama e-GTukar.

Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.