Baru-baru ini kita ada dengar berkenaan Modul 10 Minit Perhimpunan, pelbagai persoalan timbul berkenaan hal ini.

Apa itu Perhimpunan 10 Minit?

Kena buat 10 minit sahaja ke?

Ada modul perhimpunan 10 minit pula ke?

Itulah beberapa persoalan yang timbul, sehingga membangkitkan rasa kurang senang dengan modul ini. 

Sebenarnya M10MP ialah himpunan aktiviti unpack curriculum yang komprehensif dan berstruktur yang dilaksanakan dalam tempoh 10 minit sewaktu perhimpunan sekolah yang dibangunkan bagi membudayakan pem­belajaran abad ke-21 dalam kalang­an guru dan murid sekolah.

Aktiviti M10MP menerapkan nilai secara hands on, KBAT, PAK21, Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK), pentaksiran berasaskan sekolah dan didik hibur. Semua elemen ini diadun dalam panduan pelaksanaan lengkap supaya aktiviti yang dibuat bermakna kepada murid.

Perhimpunan 10 minit

M10MP merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam tatacara perhimpunan. 10 minit diambil daripada peruntukan waktu perhimpunan sebenar. Tatacara lain masih diteruskan. Namun, tatacara perhimpunan sekolah alaf baharu dicadangkan seperti rajah yang dipapar.

M10MP juga boleh dilaksanakan dalam perhimpunan yang kecil seperti aktiviti kokurikulum.

M10MP diinovasikan untuk memberikan satu lagi aktiviti alternatif yang membudayakan proses berfikir melalui perhimpunan di sekolah. Modul ini memjadi pemangkin untuk menjentik pemikiran murid melalui aktiviti yang dirancang secara teliti.

KEISTIMEWAAN M10MP


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Unpack Curriculum
  • Bersifat Modular
  • Aktiviti Mencetus Pemikiran
  • Mengutamakan Kreativiti
  • Transformasi Perhimpunan Berteraskan PAK21
  1. Dikendalikan dalam tempoh 10-15 minit sahaja tanpa mengganggu acara perhimpunan.
  2. Aktiviti berpusatkan murid iaitu murid sebagai fasilitator yang akan mengendalikan slot selama 10 minit itu dan mengawal penonton.
  3. Aktiviti mencetus dan merangsang pemikiran murid.
  4. Aktiviti bukan sahaja menyeronokkan tetapi memberikan maklumat berguna kepada semua.
  5. Disediakan panduan dan skrip untuk membantu guru melaksanakan modul ini.
  6. Disediakan Sudut PAK21 untuk mendokumentasikan aktiviti Modul 10 Minit.
  7. Perhimpunan yang membawa kepada penarafan bintang kepada pihak sekolah.
  8. Unpack curriculum iaitu melaksanakan aktiviti berdasarkan tema tertentu dan boleh dipelbagaikan merentasi subjek dan tahap mengikut keupayaan latar belakang murid.

M10MP merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam tatacara perhimpunan. 10 minit diambil daripada peruntukan waktu perhimpunan sebenar. Tatacara lain masih diteruskan. Namun, tatacara perhimpunan sekolah alaf baharu dicadangkan seperti yang berikut:

M10MP

Contoh Idea Perhimpunan Kokurikulum pula adalah seperti berikut:

CONTOH M10MP

Modul ini sebenarnya dibina oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas yang mana merupakan Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir. Sebanyak 42 aktiviti M10MP setahun, 13 orang pensyarah telah membangunkan modul M10MP.

 Rujukan: http://m10mp.ipgkik.edu.my/

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u