Home info Permohonan Guru Cemerlang Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Permohonan Guru Cemerlang Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

30
0

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah, Kolej Vokasional (KV), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (1PG) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2023.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sila Rujuk Iklan Permohonan di: https://t.me/pendidik2u/8179

Urusan pemangkuan ini melibatkan gred jawatan seperti berikut:

PPP

Gred Ditawarkan

Guru Cemerlang (Siswazah)
Sekolah Menengah/ KV/ IAB/ KM/
ELTC

Gred Khas C, DG54, DG48 dan DG44

Guru Cemerlang (Siswazah)
Sekolah Rendah

DG44

Guru Cemerlang (Bukan Siswazah)
Sekolah Rendah/ Sekolah
Menengah/ KV)

DG38, DG34 dan DG32

Pensyarah Cemerlang IPG

Gred Khas B, DG54,

DG52 dan DG48

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti berikut:

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;
  3. Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang­kurangnya 80% bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;
  4. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
  5. Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 07.2023);
  6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
  8. Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan
  9. Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).

Syarat-syarat Khusus: Rujuk https://t.me/pendidik2u/8179

Penilaian bagi (Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang IPG) adalah pada Ogos hingga September 2023 (tertakluk kepada perubahan), Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai.

Hanya calon yang telah berjaya dalam penilaian dan diperakukan oleh Kementerian serta diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) sahaja akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan (APP) sebagai Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Calon yang tidak menerima surat pemakluman dari Kementerian berhubung urusan ini selepas 31 Oqos 2024 adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Keputusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang hendaklah dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.

Permohonan dibuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat mengikut gred yang ditawarkan termasuk Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Bimbingan dan Bagi PPP yang mengisi jawatan kader KPM, hanya calon dari Maktab Tentera Diraja, Sekolah Integrit’i, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti SAHAJA yang layak mengemukakan permohonan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan perlu memastikan maklumat perkhidmatan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), Sistem HRMIS, Sistem e­Operasi dan Sistem ePangkat telah dikemas kini bagi melancarkan urusan permohonan.

Untuk makluman, permohonan hendaklah dibuat melalui sistem ePangkat. Permohonan yang dikemukakan secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Panduan permohonan adalah seperti di Lampiran Cl. Panduan bagi tindakan perakuan oleh Ketua Jabatan adalah seperti di Lampiran C2.

Tarikh tutup permohonan bagi peringkat calon adalah pada JUMAAT, 07 JULAI 2023 dan peringkat pengesahan Ketua Jabatan pada JUMAAT, 14 Julai 2023.

CARA PERMOHONAN:  https://t.me/pendidik2u/8179

Jika memerlukan pertanyaan lanjut mengenai urusan pemangkuan ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan bolehlah menghubungi Urus Setia Penilaian GCPC di Jemaah Nazir di talian 03-8884 4268/4490/4230/4208 (urus setia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here