Setelah 6 hari Survey berkenaan UEC dibuka, ia telah disertai lebih 100 ribu pengundi.

Pada mulanya kita menerima pengundi majoritinya dalam kalangan follower Pendidik2u di Facebook dan telegram sahaja. Boleh dikatakan ia hanya meliputi warga pendidik dan kebanyakkannya orang melayu. Untuk berlaku adil kita juga memerlukan undian dari kaum lain, terutamanya dari kalangan masyarakat Cina, dan juga India.

Apabila masuk hari ke 2, poll ini telah tersebar luas, ia juga turut dilaporkan dalam Sin Chew Daily, China Press, dan Nanyang Siang Pau. Sekaligus ia dapat menarik lebih ramai lagi pengundi, ini perkara yang positif sebenarnya kerana tinjauan ini perlu mendapat liputan semua kaum, agar semua boleh mengundi.

Mengapa Pendidik2u membuat Poll UEC ini?
Pendidik2u merupakan laman web pendidikan, dan merupakan Page yang berpengaruh di media sosial terutamanya di kalangan para guru.

Ini bukan kali pertama Pendidik2u membuat poll sebegini, kita juga pernah mengangkat kisah Cikgu Azizan, Isu SKPMG2, dan sebagainya.

Berkenaan isu UEC ini, Pendidik2u menghormati pandangan semua pihak, sama ada dari kumpulan menyokong UEC diiktiraf dan yang tidak menyokong UEC diiktiraf.

Oleh itu, kita berharap semua pihak menjaga sensitiviti semua bangsa, berhujah dengan adab dan tatasusila.

Seandainya, ia diiktiraf oleh kerajaan, kita berharap ia dinilai dengan sebaiknya. Apa yang penting Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan hendaklah diperkasa. Bagi yang ingin melihat kedudukan semasa boleh rujuk di: Undian UEC

Kedudukan semasa: 55% tidak perlu iktiraf UEC, 45% Iktiraf UEC

Kedudukan ini dijangka berubah, kerana iktiraf UEC sedang meningkat naik.