Iklan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 hingga Gred DG54 secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2016 hingga 2018 (urusan cicir) HANYA AKAN DIBUKA seperti Jadual di bawah:
BIL | TARIKH | TEMPOH | KETERANGAN |
1 | 13 September 2018 (Khamis) hingga 12 Oktober 2018 (Jumaat) | 30 hari | • Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian • Tarikh tutup pada 12 Oktober 2018 (sebelum jam 11.59 malam) Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan |
2 | 13 Oktober 2018 (Sabtu) hingga 26 Oktober 2018 (Jumaat) | 14 hari | • Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyedia / Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM • Tarikh tutup pada 26 Oktober 2018 (sebelum jam 11.59 malam) Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan |
Kepada mereka yang terlibat dalam urusan ini, hendaklah membuat semakan di ePangkat terutamanya mereka yang dikategorikan calon cicir. Sekiranya terdapat masalah boleh rujuk kepada kerani di sekolah masing-masing.
Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi:
Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Semoga info dan maklumat ini dapat memberi pencerahan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam proses kenaikan pangkat ini. Semoga anda dipermudahkan urusan. Jangan lupa unutk kongsikan kepada rakan-rakan yang lain khusunya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang terlibat.