Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai kementerian yang bertanggungjawab membuat perancangan Jadual Persekolahan telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi sesi 2019. Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi tahun 2019.
Antara perkara penting yang diambil kira ialah, cuti pertengahan pengggal pertama, cuti pertengahan tahun, cuti pertengahan penggal kedua dan akhir tahun.
Jadual persekolahan 2019 ini juga dibuat setelah mengambil kira beberapa perayaan besar negara iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan beberapa perayaan lain di Sabah dan Sarawak seperti Hari Gawai, Hari Kaamatan dan sebagainya.
Sebenarnya, sejak tahun 2018 KPM telah menyusun cuti sekolah dimasukkan pada Hari Perayaan Besar, ini bertujuan untuk mengelakkan terlalu banyak cuti yang perlu di ambil serta memudahkan urusan para guru dan ibu bapa dalam menguruskan anak-anak.
Takwim ini juga akan dijadikan panduan kepada guru-guru khususnya barisan pentadbir dalam membuat perancangan Takwim persekolahan untuk sesi 2019.
Antara perkara penting yang perlu dimasukkan adalah seperti tarikh peperiksaan, program dan aktiviti sekolah, sambutan program agama, dan menyusun latihan dalam perkhidmatan / kursus.
Penggal Persekolahan sebenarnya dibahagikan kepada 2 iaitu:
Penggal Pertama:
Kumpulan A | 1.01.2019 | 23.05.2019 |
Kumpulan B | 2.01.2019 | 24.05.2019 |
Penggal Kedua:
Kumpulan A | 09.06.2019 | 21.11.2019 |
Kumpulan B | 10.06.2019 | 22.11.2019 |
Kementerian Pendidikan juga telah menetapkan cuti sekolah 2019 iaitu pada ketetapan berikut:
Cuti Pertengahan Penggal Pertama | 23.03.2019 – 31.03.2019 |
Cuti Pertengahan Tahun | 25.05.2019 – 09.06.2019 |
Cuti Pertengahan Penggal Kedua | 10.08.2019 – 18.08.2019 |
Cuti Akhir Tahun | 23.11.2019 – 31.12.2019 |
Selain daripada cuti di atas, KPM juga biasanya akan mengeluarkan 1 lagi Surat Siaran iaitu Cuti Sempena Perayaan. Jika mengikut Takwim ini, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji telah berada di dalam waktu Cuti Sekolah, dan Tahun Baru Cina dan Deepavali bukan di dalam waktu cuti sekolah. KPM biasanya akan memberikan Cuti Sempena Perayaan pada beberapa perayaan besar sama ada di Semenanjung atau Sabah Sarawak.
Berikut adalah Takwim Persekolahan 2019:
2 kategori telah dibuat iaitu negeri Kumpulan A dan Kumpulan B. Rujuk: Perbezaan Cuti Kumpulan A dan B
KUMPULAN A | KUMPULAN B |
Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu | Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
Kepada mereka yang ingin mendapatkan Takwim 2019 ini bolehlah memuat turun di pautan di bawah:
SESI 2019
Pihak sekolah boleh membuat perancangan awal untuk merangka Takwim Sekolah masing-masing, perkara yang diperlukan adalah:
- Takwim Persekolahan 2019
- Kalendar 2019
- Takwim Tarikh Peperiksaan 2019
- Cuti Umum Mengikut Negeri 2019
- Cuti Sempena Perayaan 2019
- Takwim Sekolah 2018 (Rujukan)
Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsikan bersama, terutamanya kepada pihak sekolah dan guru-guru serta ibu bapa yang ingin merancang perjalan tahun hadapan. Perancangan yang baik dan sistematik dapat meningkatkan lagi mutu kerja kearah lebih baik dan efisen.
Info yang sangat membantu, terima kasih…