Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menyediakan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran bagi tahun 2019.

Ini sekaligus menjawab persoalan sebelum ini:

Bila tarikh UPSR 2019?

Bila tarikh SPM 2019?

Tarikh PT3?

Takwim ini menjadi panduan kepada semua sekolah khusunya untuk merancang aktiviti dan program sepanjang tahun ini.

Surat berkenaan takwim peperiksaan ini telah dikeluarkan pada 7 Februari 2019.

Takwim Peperiksaan 2019

Kepada yang ingin memuat turun boleh klik pada ⇓ pada paparan di atas.

Di dalam Takwim ini, Lembaga Peperiksaan telah menyusun semua peperiksaan penting seperti:

  • UPSR
  • PASR
  • PT3
  • SPM
  • STAM
  • SVM
  • Lain-lain

Pihak sekolah hendaklah membuat penyelarasan takwim sekolah supaya tidak bertembung dengan tarikh-tarik peperiksaan atau pentaksiran yang telah ditetapkan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


PK Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan hendaklah menyimpan surat / takwim ini dengan sebaiknya dan memasukkannya ke dalam fail.

Selain itu anda juga perlu merujuk beberapa dokumen lain seperti:

Takwim Persekolahan 2019

Cuti Sempena Perayaan 2019

Kalendar 2019

Sebelum ini juga KPM telah mengumumkan pemansuhan amalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun bagi tahap 1 (Tahun 1,2,3). Namun untuk tahap 2 ia masih boleh dilaksanakan.

NAMA PEPERIKSAANTARIKH
UPSR4-5 & 10-12 September 2019
PT330 Sept – 8 Oktober 2019
SPM

Fasa 1: 14-17 Oktober 2019

Fasa 2: 5-27 November 2019

STAM21-23 & 30-31 Oktober 2019

Antara peperiksaan yang penting, tarikh yang dinyatakan di atas adalah tarikh ujian bertulis.

 Diharap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan guru dalam memastikan perancangan sekolan slaras dengan Takwim Peperiksaan 2019 ini. Sila kongsikan untuk kegunaan bersama.