Setiap sekolah kebiasaanya diwujudkan 1 kelab yang berperanan menjaga kebajikan guru dan staf, pelbagai nama diberikan seperti Kebirus, Bakes, KGK dan sebagainya.

Selain daripada itu, di sekolah juga mempunyai panitia mengikut subjek masing-masing. Setiap panitia mempunyai peruntukkan yang telah disalurkan oleh KPM melalui sekolah untuk menjalankan aktiviti peningkatan akademik dan sahsiah murid.

Namun begitu, program yang dijalankan selalunya memerlukan kos yang tinggi khususnya untuk menyediakan makan minun, hadiah, bahan-bahan, dan bayaran penceramah.

Oleh itu, beberapa inisiatif telah diambil oleh guru-guru untuk mendapatkan dana atau wang tambahan bagi menampung kos tersebut.

Berikut merupakan cara untuk mendapatkan dana atau sumbangan dari luar:

Membuat Hari Kantin, Keusahawanan atau festival.
Program ini memang selalu dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mengumpul dana, ia juga mampu meraih jumlah keuntungan yang besar sehingga lebih RM30,000. Namun ia perlu dibahagikan kepada kelab-kelab atau unit yang terlibat.

Menjual Modul
Menjual modul merupakan salah satu cara yang paling cepat untuk mendapatkan dana, namun memerlukan usaha, kerjasama dan kepakaran dalam menghasilkan modul yang berkualiti. Kepada siapa nak jual? Boleh sahaja jual secara hardcopy atau sofcopy, terdapat beribu olrang memerlukan modul khsususnya bagi subjek peperiksaan.

Menjual BBM
Tahukah anda, dengan menjual BBM sahaja guru-guru telah menjana pendapatan sampingan di rumah, Kalau anda bekerjasama dalam panitia atau satu kumpulan, hasilkan BBM dan jualnya secara online dan offline, panitia anda akan menerima pendapatan bulanan tanpa perlu bersusah payah mencari derma.

Menjual Soalan
Tahukah anda, setiap tahun akan ada sekurang-kurangnya 3 kali ujian, dan sekiranya anda menghasilkan soalan yang lengkap dan sempurna mengikut standardnya, anda boleh menjualnya secara softcopy. Ramai guru di luar sana sanggup membayar untuk membeli soalan, kerana tidak sempat untuk menghasikannya sendiri.

Contoh:
Buat 6 Set soalan Tahun 1-6 Subjek Matematik
Jual secara set: RM50 dapat Set dari Tahun 1-6 Sofcopy

Bayangkan sekiranya anda dapat menjual kepada 1000 orang, anda telah berjaya mengaut keuntungan.
RM50 x 500 = RM25,000

Ada ke 500 orang nak beli? Mestilah ada, sekolah rendah di Malaysia ini ada 7772 buah.

Memohon Sumbagan Syarikat Korporat
Perkara ini selalu dibuat oleh pihak sekolah, Syarikat-syarikat besar kebiasaannya mempunyai peruntukkan khas untuk memberi sumbangan, mereka juga akan dapat pelepasan cukai dari kebajikan yang telah mereka buat.

Membuat Persembahan
Membuat persembahan ini biasanya yang mempunyai kumpulan, seperti kumpulan nasyid, kumpulan dikir barat, kumpulan lakonan dan sebagainya. Perkara ini agar sukar melainkan anda memang mumpunyai pasukan yang hebat dan berbakat.

Membuat Jualan Meja
Jualan meja ni apa? Jual meja ini sebenarnya salah satu kaedah yang selalu digunakan Badan-badan Kebajikan atau NGO untuk mencari dana daripada orang ramai. Biasanya satu majlis akan diadakan, dan terdapat meja-meja yang dihidangkan makanan dan ia ditaja oleh mereka yang berminat. Makanan itu pula akan dipelawa orang ramai atau anak-anak yatim untuk makan bersama. Setiap meja mungkin berbeza harganya, dari situ kita akan dapat dana hasil jualan meja.

Waqaf
Program Waqaf biasanya dilaksanakan oleh Sekolah di bawah Panitia Agama Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri. Ia dibuat apabila ingin mendapatkan dana untuk pembinaan atau penambah baikan surau. Kebanyakkan sekolah yang menyertai Pertandingan Suau Imarah memerlukan dana yang banyak akan melaksanakan perkara ini.

Kutipan Derma
Ini sememangnya Idea yang sudah ramai tahu, tabung derma digerakkan ke setiap kelas dan guru. Ada juga di letakkan ketika majlis atau program bersama ibu bapa.

Segala kaedah yang diberikan ini adalah sebagai panduan sahaja, untuk mengetahui kaedah pelaksanaannya secara lengkap perlulah merujuk pakar-pakar khususnya dalam pemasaran. Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada anda dalam mendapatkan dana atau sumbangan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u