Sebelum ini admin pernah kongsikan 10 Petua Ketika Berucap di Khalayak Ramai, kali ini ingin dikongsikan lagi 12 Tips Ketika Berucap yang dirasakan sangat penting untuk kita ikut dan gunakan.

Berikut senarai perkara yang perlu kita patuhi untuk menjadi pengucap yang hebat:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Membuat persersediaan awal sebelum berucap. Dapatkan isi penting yang hendak disampaikan. Sekurang-kurangnya 3 atau 4 bagi tempoh ucapan yang pendek.
  2. Penampilan diri yang baik dan pakaian yang kemas dan bersih. Ia juga termasuklah wajah yang bersih dan ceria.
  3. Ucapan dan tindakan yg sesuai dengan tempat dan keadaan. Kesilapan tutur kata, boleh menjejaskan hubungan antara pendengar dan pengucap.
  4. Mengajukan kata hormat dengan panggilan yang betul mengikut protokol.
  5. Berucap dengan nada ucapan yang jelas dan kekuatan yang sesuai. Ia penting agar kita mampu menarik perhatian pendengar supaya fokus kepada kita.
  6. Penyesuaian nada suara berdasarkan ucapan yang disampaikan. Jika di tempat yang perlu ditekankan kita sebut dengan kuat.
  7. Pergerakan tangan yang betul tetapi tidak terlalu berlebihan. Ketika bercakap pergerakan tangan kadangkala akan terikut-ikut dengan emosi, jadi kita perlulah mengawalnya.
  8. Kedudukan badan yang tegak dan seimbang. Tidak terlalu kaku.
  9. Kekalkan hubungan mata (eye contact), pandang ke arah penonton di kiri dan kanan, agar lebih seimbang.
  10. Senyuman yang sesuai semasa berinteraksi dengan penonton.
  11. Gunakan laras bahasa yang mudah difahami, jika perlu buat latihan menyebut ayat supaya lebih lancar.
  12. Membuat kesimpulan sebagai penutup kepada ucapan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda menjadi seorang pengucap yang baik dan mampu memperbaiki teknik pengucapan awam anda.