Home info Intisari Surah Al-Qadr

Intisari Surah Al-Qadr

110
0

Surah Al-Qadr diturunkan di Mekah, mengandungi 5 ayat. Dinamakan surah “Al-Qadr” (Kemuliaan), kerana pada awal surah ini, Allah Ta’ala menegaskan bahawa Ia telah menurunkan Al-Qur’an pada malam”Lailatul-Qadar” (Malam Kemuliaan dan Kebesaran). 

Ya’ni Allah Ta’ala mulai menurunkan Al-Qur’an pada malam yang mulia itu, kemudian diturunkan sedikit demi sedikit selama dua puluh tiga tahun; (13 tahun di antaranya di Mekah, dan 10 tahun lagi di Madinah). 

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Intisari kandungannya: Menerangkan bahawa Al- Qur’an yang mulia, mula-mula diturunkan ialah pada malam yang mulia – “Malam Lailatul-Qadar”. 

Kemudian Allah Ta’ala menerangkan kemuliaan dan kebesaran malam itu kepada Baginda: “Malam Lailatul-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan!”

Ya’ni ibadat yang dikerjakan pada malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain. 

Oleh kerana dalam surah yang lain diterangkan bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah Ta’ala dalam bulan Ramadhan maka dapatlah diketahui bahawa “Malam Lailatul-Qadar” yang berkat itu ialah salah satu malam dari bulan Ramadhan, tetapi tidak diterangkan malam yang mana satu? 

Tujuannya supaya Baginda dan umatnya membanyak- kan ibadat dan amal kebajikannya disepanjang-panjang bulan Ramadhan, terutama pada 10 malam yang akhir dari bulan yang mulia itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here