Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian berteraskan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia bagi ambilan Tahun
2019.

PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
(PROGRAM KHAS IR 4.0)

Program IR 4.0 mengambil kira hasrat Kerajaan melalui inisiatif pendidikan bertaraf dunia dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam mengharungi revolusi industri 4.0.

Kursus ini akan dilaksanakan sepenuhnya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan kohort pertama dijangka akan bermula pada September 2019.

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) sebelum atau pada 21.06.2019 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7087 untuk maklumat lanjut.

SENARAI BIDANG PENGKHUSUSAN PROGRAM
INDUSTRIAL REVOLUTION (IR) 4.0 TAHUN 2019

BIDANG PENGKHUSUSAN PERINGKAT PENGAJIAN
Teknologi Pendidikan/ Pengurusan Sistem
Maklumat
SARJANA PHD
Sains Data Dan Maklumat / Pengurusan Maklumat
Pengurusan Teknologi Pendidikan
Pembangunan Kurikulum Pendidikan
Teknologi Pendidikan
Artificial Intelligence
Sains Komputer
Teknologi Maklumat
Teaching and Learning Tools In 21st Century Knowledge
Society
Pendidikan Teknologi Maklumat

program ir 4.0

Tawaran ini adalah terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat dalam skim perkhidmatan pendidikan yang mana ketua perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).

Rujuk Syarat-Syarat Berikut:

Syarat Permohonan IR 4.0

 

SYARAT UMUM
i) Pegawai hendaklah mempunyai iltizam, pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan
kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi
sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan
organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah
Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya,
berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan
laluan kerjaya pada masa hadapan; dan


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI



ii) Belum memulakan pengajian di mana-mana Universiti Awam di dalam
atau luar negara.

Senarai Dokumen dan Borang Permohonan: 

Bil 

Muat Turun

 1

 Hebahan Penawaran Kemudahan Penajaan Program IR4.0

 2

 Lampiran 1 Syarat-Syarat Permohonan IR 4.0

 3 

 Lampiran A Senarai Bidang IR 4.0

 4

 Lampiran B Carta Alir Permohonan Penajaan Dan Cuti Belajar 2019

 5

 Lampiran C Senarai Penyakit Kronik

 6

 Dokumen Permohonan

a

KPM(BBP)LD1 2019 Borang Permohonan Mengikuti Pengajian 2019

b

KPM(BBP)LD2 2019 Borang Perakuan Ketua Jabatan

c

KPM(BBP)LD3 2019 Borang Perakuan Kedudukan Kewangan

d

KPM(BBP)LD4 2019 Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan

e

KPM(BBP)LD5 2019 Borang Maklumat Politik

f

Senarai Semak Cuti Belajar 2019

 

SENARAI SEMAK PERMOHONAN CUTI BELAJAR
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DAN
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN, KPM

  1. Salinan surat Lantikan ke Jawatan sekarang (disahkan)
  2. Borang Permohonan Mengikuti Pengajian Pegawai Perkhidmaan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana – KPM(BBP)LD 1/2019 dan lampiran yang disenaraikan
  3. Borang Perakuan Perakuan Bidang Dan Institusi Pengajian Oleh BPG – KPM(BBP)LD A/2019 dan lampiran yang disenaraikan **PPP sahaja
  4. Salinan surat pengisytiharan harta yang terkini melalui HRMIS (yang telah disahkan)
  5. Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini pada tahun semasa dan disahkan
  6. Slip pendaftaran Universiti (jika telah mendaftar. Jika belum, boleh kemukakan kemudian)
  7. Surat/dokumen pengesahan sumber kewangan (bagi permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa sahaja)
  8. Surat Pengiktirafan Kelayakan Ijazah (jika berkaitan)
  9. Jadual atau Kalendar akademik tahun semasa bagi bidang pengajian yang berkaitan
  10. Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmaan Pendidikan Dan Anggota Kumpulan Pelaksana- KPM(BBP)LD 2/2019
  11. Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmaan Pendidikan Dan Anggota Kumpulan Pelaksana – KPM(BBP)LD 3/2019 dan lampiran yang disenaraikan
  12. Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan / Tabung Pendidikan – KPM(BBP)LD 4/2019
  13. Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bagi Permohonan Cuti Belajar /Biasiswa / Pinjaman Pendidikan – KPM(BBP)LD 5/2019
  14. Salinan surat Pengesahan Pelantikan ke Jawatan Sekarang (disahkan)
  15. Salinan slip gaji terkini yang disahkan
  16. Salinan surat Pengesahan Perkhidmatan (disahkan)
  17. Salinan Sijil SPM/ Diploma/ Ijazah (disahkan)

Senarai semak ini juga boleh dimuat turun dalam senarai dokumen di atas.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan program ini. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.