Hari guru disambut setiap tahun pada 16 Mei, ia sebagai tanda memperingati dan menghargai jasa guru-guru tidak kira yang pernah mengajar atau sedang mengajar kita.
Siapakah yang menyambut hari guru ini? Tidak lain dan tidak bukan antara yang menyambutnya adalah guru sendiri mereka jugalah yang menganjurkan majlis sempena hari guru bagi diri sendiri bagi melahirkan rasa syukur dan gembira menjadi seorang guru.
Kebiasaannya pada Hari Guru disusun aktiviti bagi memenuhi masa seharian di sekolah seperti bacaan yasin, majlis ucapan, membaca perutusan, sukaneka, dan pelbagai lagi. Ia mungkin mengambil masa seharian, jadi pada hari tersebut pdp mungkin tidak dijalankan di dalam kelas seperti biasa.
Namun begitu, terdapat juga sekolah yang menghadkan majlis sambutan hari guru sehingga waktu rehat sahaja. Selepas waktu rehat pdpc kena dijalankan seperti biasa, katanya untuk menjaga MMI.
Ramai yang berpendapat apa salahnya jika sambutan diteruskan sahaja selepas rehat, lagipun bukan selalu, setahun hanya sekali, bak kata orang ‘Tak bodohnya budak kalau kerana menyambut hari guru’.
Itulah yang sebaiknya, diharap pihak pentadbir memberi peluang untuk menyambut hari mereka, tidak perlulah pdp formal selepas rehat, mood hari guru ni pada 16 Mei itu sangat kuat lagi..