Home info Johor umum bonus 2 bulan gaji untuk penjawat awam di negerinya

Johor umum bonus 2 bulan gaji untuk penjawat awam di negerinya

17
0
bonus johor 2 bulan gaji

Kerajaan negeri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam di Johor sebanyak dua bulan gaji. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyatakan bahawa bantuan tersebut juga melibatkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang menerima gaji dari kerajaan negeri.

“Belanjawan Johor 2024 adalah belanjawan lebihan bermaksud prestasi kutipan hasil kerajaan negeri telah mencapai sasaran. Justeru itu, selain membantu rakyat, kita juga mahu memberi penghargaan kepada penjawat awam.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Sebagai mengiktiraf jasa mereka berdasarkan pencapaian, sehubungan itu dengan sukacita saya umumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak dua bulan gaji,” katanya ketika berucap semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 semasa sesi Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Datuk Onn Hafiz Ghazi menambahkan bahawa pihaknya berharap bantuan khas kewangan tersebut akan menjadi penyemangat dan pemacu motivasi bagi semua penjawat awam di negeri ini.

“Harapan saya adalah agar semua penjawat awam negeri ini terus bekerja keras dalam memberi perkhidmatan tidak berbelah bahagi dengan cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Johor,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here