Di dalam fail myPortfolio terdapat satu ruangan senarai borang, ia sebenarnya perlu di isi oleh guru senarai borang yang berkaitan dengan jawatan anda.
Sebagai contoh, jika anda seorang pemegang bilik-bilik khas, anda mungkin mempunyai borang-borang unutk pengurusan bilik khas.
Namun begitu terdapat juga borang yang wajib diisi seperti Borang Penskoran Standard 4, Borang Keberhasilan, Borang Cuti Rehat Khas, Borang Cuti Sakit dan pelbagai lagi.
Berikut adalah senarai borang yang selalu digunakan oleh guru, nama borang ini boleh di masukkan ke dalam myportfolio Guru Akademik Biasa.
| BIL. | BORANG | KOD BORANG |
| 1. | Borang Standard 4: PDPC | |
| 2. | Borang Cuti Rehat Khas | |
| 3. | Borang Keberhasilan | |
| 4. | Borang Rekod Pengesanan | PK01/4 |
| 5. | Borang Kawalan Bilik Darjah | PK03/4 |
| 6. | Borang Penggunaan Bilik Khas | PK03/3 |
| 7. | Borang Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan | PK01/2 |
| 8. | Borang Maklum Balas Pencerapan | PK04/1 |
| 9. | Borang Laporan Semakan Hasil Kerja Murid | PK06/2 |
| 10. | Senarai Kehadiran Mesyuarat | PK07/02 |
Terdapat banyak lagi borang yang digunapakai oleh guru, walaubagaimanapun di senaraikan 10 borang yang utama yang penting sebagai panduan.
Semoga info ini dapat membantu anda dalam melengkapkan dokumen tersebut, untuk memuat turun fail myPortfolio boleh ke: Muat Turun









