Home info 8.42% Permohonan eGtukar Diluluskan Jun 2018

8.42% Permohonan eGtukar Diluluskan Jun 2018

27
0

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media semalam menjelaskan seramai 25,332 orang guru telah membuat permohonan pertukaran tahun ini. Bagi sesi Jun 2018 ini seramai 2133 orang diluluskan permohonannya.

Ia mewakili 8.42% daripada jumlah permohonan. 4.96% atau 1257 adalah dari sekolah rendah dan 876 orang (3.46%) dari sekolah menengah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Statistik yang diluluskan adalah seperti berikut:

  • Mengikut pasangan: 951
  • Tempoh berkhidmat: 387
  • Lain-lain alasan munasabah: 368
  • Sakit kronik: 219
  • Permohonan bersama: 168
  • Ancaman keselamatan: 40

Semua permohonan adalah mengambilkira alasan-alasan berdasarkan wajaran seperti yang telah ditetapkan dalam sistem egtukar. Kelulusan pertukaran dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat KPM.

Dalam kenyataan media itu juga, KPM menjelaskan isu ketidakpuasan pertukaran guru di media sosial. KPM menjelaskan tuduhan yang ditularkan tersebut adalah amat berat kerana ia melibatkan integriti pegawai-pegawai di KPM.

Laporan polis juga telah dibuat untuk siasatan pihak berkuasa. Kita berharap perkara ini diselidiki dengan adil dan teliti.

Pendidik2u juga memahami perasaan para guru yang gagal dan kecewa dengan keputusan yang mereka terima. Namun sebagai seorang guru yang profesional perkara ini haruslah diterima dengan sabar dan reda. Kita juga percaya setiap perkara ini ada hikmahnya, mungkin rezeki belum sampai, tetapi percayalah ia tidak pernah salah alamat.

Kita juga tidak menolak peratus guru yang lulus bagi sesi Jun memang selalunya rendah, ia berbeza dengan sesi akhir tahun yang lebih tinggi jumlahnya.

KPM tidak mungkin dapat meluluskan semua orang, sudah pastilah ada yang perkhidmatannya masih diperlukan, namun kita berharap proses egtukar ini akan terus berjalan dengan lancar dan sentiasa ditambah baik.

Jika kita teliti semula, mengapakah berlaku permohonan yang banyak setiap tahun? Sudah pastilah kerana ia bermula dari awal penempatan lagi.

Contohnya ialah, apabila berlaku penempatan guru baharu, mereka ditempatkan di luar negeri asal mereka, jauh dari pasangan, dan perasaan ingin pulang ke negeri asal itu pasti ada.

Jadi tidak hairanlah, setiap tahun pasti akan meningkat permohonannya. Apapun kita percaya, sejauh mana pun tempat kita berkhidmat, sepayah mana pun ujian dilalui kecintaan kepada dunia perguruan akan terus disemai, demi agama, bangsa, dan negara tercinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here