Home info Bantuan Khas Raya RM400 Dibayar Hari Ini

Bantuan Khas Raya RM400 Dibayar Hari Ini

14
0

Bantuan Khas Raya RM400 telah dibayar hari ini 5 Jun 2018, mereka yang layak menerimanya boleh membuat semakan di akaun bank masing-masing.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka yang pada Gred 41 dan ke bawah akan menerima bantuan khas raya bagi membantu meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan menjelang aidilfitri ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Namun ada yang bertanya, adakah mereka yang bergred DG42 dapat bonus atau bantuan ini?

Berdasarkan tinjauan maya hari ini, mereka yang pada DG42 turut mengesahkan ada pembayaran RM400 telah dikreditkan kepada akaun mereka. Namun ada juga spekulasi yang mengatakan kena pulang semula.

Tetapi berdasarkan surat arahan pembayaran adalah menyatakan ’41 dan setara’, ini menunjukkan DG42 juga layak dapat.

Selain daripada itu ada mereka yang sedang memangku Gred 44 turut menerima bayaran ke akaun bank mereka, yang ini saya nasihatkan supaya jangan guna dulu, kemungkinan kena pulang semula.

Dimaklumkan juga, pembayaran gaji bagi bulan Jun adalah pada 7hb ini. Semoga ia digunakan sebaik-baiknya, pastikan anda tidak ‘terlebih guna’ kerana anda perlu menunggu 47 hari sehingga Gaji Julai (25.07.2018).

Semoga info dan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengurus kewangan peribadi anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here