Model:  Epson EB-S31
Harga: RM1300

Model: BenQ MX528
Harga: RM1500


Model: Acer P1185
Harga: RM1599

Model: NEC NP-VE280G
Harga: RM1330

Harga Projector yang dipaparkan ini mungkin berubah mengikut promosi, anda mungkin boleh rujuk di Lazada atau 11Street atau GemFive sebagai panduan harga pasaran.

Projektor merupakan salah 1 alat bantu mengajar yang kerap digunakan oleh guru, namun disebabkan penggunaannya yang terhad kerana bilangan yang ada di sekolah mungkin hanya 1 atau 2 sahaja.

Walaupun begitu ia tidak menghalang guru-guru daripada berusaha untuk menggunakan projektor ini di dalam pdp mereka. Sehinggakan ada yang membelinya secara peribadi, bila dah ada hak milik sendiri maka tiada masalah lagi untuk berebut-rebut dengan orang lain.

Harga bagi sebuah projektor pula tidak kurang mahalnya terutamanya untuk projektor yang baik dan berkualiti. Memang ada yang menjual LED Projector yang harga murah serendah RM350 sahaja, namun anda pasti akan menyesal kerana ia tidak jelas untuk digunakan di dalam kelas, bahkan hanya boleh digunakan di dalam bilik yang betul-betul gelap sahaja.

Di sini admin ingin cadangkan beberapa Projector yang mungkin boleh diusahakan untuk mendapatkannya dengan harga yang berpatutan dan berbaloi dengan harganya.

Perkara paling penting untuk dilihat adalah Lumens, untuk bilik darjah sebaik-baiknya 2000 keatas