Kerajaan kini sedang mengkaji cara-cara untuk menarik warganegara Malaysia yang berbakat dan mahir untuk menyumbang kembali kepada negara dalam usaha mengatasi masalah penghijrahan minda atau brain drain yang sedang dihadapi Malaysia. Demikian menurut kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menyatakan bahawa pelbagai kementerian, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi, dan Kementerian Pendidikan Tinggi, saat ini sedang bekerjasama dengan individu yang berpotensi untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang-bidang kompeten tertentu untuk membantu Malaysia.
Baca juga: Berita Gembira Untuk Penjawat Awam Akan Diumum Dalam Belanjawan 2024
“Saya yakin ini boleh dilakukan, ia adalah berterusan…dan kita harus, seperti yang anda tahu kita telah lama menghadapi masalah penghijrahan golongan intelektual ini.
Golongan cendekiawan, ahli ekonomi terkemuka, akauntan terkemuka meninggalkan (negara) atau telah pergi, jadi sekarang kita perlu memastikan bahawa kita mempunyai sistem yang boleh menggalakkan mereka untuk kembali dengan insentif,” katanya semasa menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini hari ini.
Selain itu, Anwar juga menyatakan bahawa kerajaan telah menubuhkant jawatankuasa khas untuk menilai skim gaji penjawat awam, namun sebarang penstrukturan semula akan bergantung kepada keadaan kewangan negara.
“Apa yang saya warisi ialah hutang RM1.5 trilion, defisit 5.6 peratus, maknanya jika saya pemimpin yang bertanggungjawab saya perlu mengurangkan hutang secara beransur-ansur.
“…dan jika kita bertanggungjawab dari segi dasar ekonomi berhemat, maka kita perlu mengurangkan defisit, daripada 5.6 (peratus) tahun lepas kepada 5.3 tahun ini dan berharap untuk mencapai 5 pada 2024,” katanya.