Kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan.
Berdasarkan laporan, asar sistem gaji progresif telah diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sistem itu dijangka akan dilaksanakan pada April atau Mei tahun depan dan atas alasan itu dasar tersebut perlu dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.