PELAKSANAAN BLUE OCEAN STRATEGY ONLINE TRAINING (BOSOT) FASA 2 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2017

           NBOS Summit pada 17 Jun 2016 telah memberi mandat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Malaysia Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) untuk melaksanakanBOSOT dalam perkhidmatan awam yang melibatkan seramai 200,000 penjawat awam (Gred 41-54) mulai tahun 2016 sehingga 2017. Seramai 20,000 penjawat awam dilibatkan pada tahun 2016 (Fasa 1) dan 180,000 orang pada tahun 2017 (Fasa 2).
2.         Bagi pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training tahun 2017, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai ambassador@ministries yang bertanggung jawab untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan BOSOT  kepada 89,550 orang PPP di KPM seluruh negara iaitu di;
  • Bahagian KPM;
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN);
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan
  • Sekolah
3.         Semua PPP yang terlibat AKAN;
  • menerima e-mel pemakluman yang mengandungi ID, Kata Laluan dan ‘Token’ dari MBOSI; atau
  • boleh menyemak nama masing-masing melalui SPLKPM (Modul Individu); atau
  • akan dimaklumkan oleh Penyelaras BOSOT di Bahagian, JPN, PPD dan sekolah.
4.         Pelaksanaan BOSOT ini adalah secara berperingkat yang mana PPP mesti menyelesaikan kursus secara onlineberdasarkan ketetapan berikut :
Kursus Bosot

Bil
Zon/Negeri
Tarikh/Masa
1.
Zon 1
  • WP Putrajaya
  • WP Kuala Lumpur
  • Selangor
1 April hingga 30 April 2017
2.
Zon 2
  • Johor
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
1 April hingga 30 April 2017
3.
Zon 3
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Perlis
1 Mei hingga 30 Mei 2017
4.
Zon 4
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Pahang
1 Mei hingga 30 Mei 2017
5.
Zon 5
  • Sarawak
  • Sabah
  • WP Labuan
1 Jun hingga 30 Jun 2017
5.         PPP yang terlibat juga boleh memuat turun  ‘TATACARA MULA KURSUS’  yang disertakan.
Sumber: KPM