Penyelidik dari Universiti Monash, Swinburne, dan RMIT bekerjasama untuk menghasilkan teknologi baharu yang berkelajuan 44.2 Tbps dicapai dengan menggunakan cip baharu yang diberi nama sikat mikro (micro comb).

Ia menggantikan 80 lampu LED infra red untuk memancarkan isyarat Internet menerusi kabel gentian optik sepanjang 76.6km di Melbourne.

Jika di Malaysia purata kelajuan yang dicapai hanyalah 73.58 Mbps, ini bermakna kelajuan dunia adalah 600 ribu kali ganda lebih laju dari Malaysia.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bayangkan berapa ribu filem bersaiz 1 gb boleh dimuat turun dalam masa sesaat.

Kelajuan Internet terpantas ini menggunakan infrastruktur kabel gentian optik sedia anda dengan hanya penambahan cip sikat mikro pada kedua-dua hujung terminal untuk berfungsi.

Ini bermakna ia boleh digunapakai dengan mudah ke rangkaian internet semasa.

Semoga suatu hari nanti Malaysia juga akan mencapai kelajuan internet, sekurang-kurangnya 1TB per second.