Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebentar tadi mengumumkan pemberhentian serta merta audit SKPMG2. Pemberhentian ini diharapkan guru-guru dapat memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa perlu bersusah payah menyediakan evidens yang sudah lepas.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang berlangsung di Dewan Za’ba, KPM, sebentar tadi.
“Guru terbeban dengan sistem SPKMG2 kerana ada pihak luar yang audit,” katanya.
Pihak sekolah diberi kepercayaan untuk mereka membuat penilaian sendiri berdasarkan SKPMG2.
Semoga berita ini menjadi berita gembira buat guru-guru menjelang Aidilfitri ini.