Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Pasukan Khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini pihaknya menyerahkan tugas itu kepada pihak sekolah bagi melihat penyelesaian terbaik dalam menanganinya.

Isu beg sekolah berat telah lama diperkatakan sebenarnya, namun begitu perkara ini masih belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa contoh sekolah yang telah pun mengambil inisiatif sendiri bagi menyelesaikan hal ini khususnya di peringkat sekolah rendah.

Antaranya ialah:

  • Menyediakan loker tempat simpanan buku-buku.
  • Buku-buku yang tidak perlu dibawa pulang akan disimpan di situ.

Buku teks biasanya agak tebal berbanding buku lain, dan ia mungkin tidak perlu dibawa pulang selalu.

Selain itu, peranan ibu bapa juga sangat penting untuk meringankan beban beg anak-anak. Apa ibu bapa perlu buat?

Pastikan anak-anak mengemas buku mengikut jadual, sekiranya tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak sekolah ia akan menyebabkan murid membawa semua buku yang ada, hal ini menjadikan buku terlalu banyak sedangkan ia tidak digunakan pun pada hari tersebut.

Beg berat

Sekiranya sekolah yang ada mendapat dana dari mana-mana tajaan mungkin boleh mengambil inisiatif untuk membuat loker simpanan untuk murid-murid. Semoga usaha yang dilakukan akan diberi ganjaran yang besar di akhirat nanti.